Selasa, 12 Ogos 2014

#MH17...





Innalillahiwainna ilaihirajiun........


Sy sertakan sedikit knologi kemalangan yg membabitkan kapal terbang pesawat mh17 yg sy copy dr sebuah blog..(Maafkan sy copy fakta dr blog awk ye *********)

Dibawah ini adalah sedikit fakta yg kini mula menjadi sejarah hitam buat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS):

  • Penerbangan pesawat MH17 dari Amsterdam (Belanda) ke Kuala Lumpur (Malaysia) menggunakan pesawat Boeing 777 berlepas 12:14 pagi waktu tempatan pada hari Khamis 17 Julai 2014 iaitu 15 minit terlewat darioada jadual penerbangan asal berdasarkan rekod penerbangan
  • Berdasarkan jadual penerbangan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) dijangka sampai di KLIA Malaysia pada 6:10 waktu Malaysia
  • Pesawat MH17 membawa 295 orang, 280 penumpang dan 15 anak kapal terbang Malaysia Airlines (MAS)
  • Pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) berada pada kedudukan ketinggian 33,000 kaki
  • Ketika pesawat MH17 sedang dalam perjalanan di FL330, 50 nm barat laut Donetsk (Ukraine), secara tiba-tiba transporder isyarat telah hilang di FL330 pada kedudukan N48.56 E37.21
  • Laporan berita terkini Interfax telah memaklumkan pesawat MH17 terhempas di sempadan Ukraine dan Rusia
  • Satu berita terkini yang cukup mendukacitakan setakat ini, Berita Semasa dimaklumkan ketika ini pesawat MH17 terhempas di Ukraine (sempadan Rusia) didakwa kerana ditembak jatuh oleh sistem peluru berpandu yang mampu mencapai ketinggian 72,000 kaki
  • Walaubagaimanapun dakwaan pesawat MH17 terhempas ditembak jatuh angkara pejuang pemisah Pro Rusia telah dinafikan wakil pihak pejuang pemisah tersebut
  • Berita Terkini MH17 terhempas berhampiran bandar Donetsk yang merupakan kubu kuat pemberontak Pro Rusia
  • Berdasarkan laporan berita terkini Reuters yang diperolehi daripada sumber penerbangan Rusia mengatakan kapal terbang Mh17 malaysia Airines (MAS) sama sekali tidak memasuki ruang udara Rusia
  • Walaubagaimanapun zon penerbangan di mana pesawat MH17 terhempas adalah kawasan yang cukup bergolak dan konflik ketika ini..
**Saya mohon maaf pd pembaca blog sy..Hanya 2 gambar saja sy upload kt ruangan ini...Sbb sy x mmpu megUpload yg lain2..Sy x smpai hati & rasa simpati sy lemparkan  pada keluarga mangsa yg terlibat..

**Sekali lg kata maaf sy lontarkan pd pembaca..X dapat sy menahan sebak di dada dan takungan air dimata utk terus bercerita mengenai kemalangan yg menimpa mangsa nahas MH17 ini...

**Jadi, sy berundur dahulu la ye...sy nk lari masok bilik air...nk nangis kuat2..sy nk berwudhuk mendoakan ketenangan roh mereka dicucuri rahmat disisi Allah..

**Sy juga akan terus mendoakan agar kejadian ini tidak memberi kesan buruk terhdp kemajuan berterusan buat seluruh syarikat penerbangan yg ada dalam Malaysia ini..

Assalamualaikum, jumpa lain kali, ye semua...

#LOVES``


:[
:'(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan